18 Februari 2011

LIFEBLOG: Perihal Makhluk Asing Di Bumi

Susuk tubuh kehijauan yang berkepala botak, mempunyai sepasang mata yang besar, tangan yang panjang dengan kuku yang tajam adalah gambaran sinonim untuk memberikan bentuk fizikal makhluk asing ataupun "alien". Semua itu adalah gambaran biasa yang dipaparkan dalam filem dan cereka fiksyen sains Barat mengenai makhluk asing. Berbicara mengenainya, adakah benar "alien" itu wujud? Ataupun hanya idea perfileman Hollywood dan imaginasi pengkarya cereka fiksyen sains Barat? Kejayaan ini hinggalah ia kelihatan seolah-olah wujud dalam minda kita. Alien dikatakan berasal dari dimensi dan galaksi yang lain di cakerawala. Menurutnya, golongan "ufologist" iaitu pengkaji alien mempercayai alien yang datang ke bumi ini muncul bersama piring terbang atau lebih dikenali sebagai UFO atau Unidentified Flying Object. UF0 yang dipandu alien muncul di bumi dari lapisan langit yang lain.Bukannya dari bintang yang kita nampak atau tidak nampak. Jarak dan perjalanannya terlalu jauh. Di Barat, kemunculan alien dan UFO bukanlah satu persoalan yang luar biasa. Segelintir saintis dan gologan pemikir mempercayai kewujudannya. Malah, muncul golongan yang digelar "ufologist" dan "roswell archaeologist" yang menjalankan kajian untuk membongkar kewujudannya. Di negara kita, berbicara mengenai kewujudan alien dan UFO masih dianggap tidak realistik. Jarang sekali di perkatakan ataupun diketengahkan oleh mana-mana pihak. Masyarakat kita dan sebahagian negara Asia masih sukar menerima kebenaran mengenai makhluk asing. Asia dengan Barat macam langit dan bumi perbezaannya, di Barat hakikat ini boleh diterima kerana pemikiran dan pengetahuan mereka mengenai ilmu aero angkasa sudah ada. Di Asia segelintir masyarakat masih lagi dibelenggu dengan kepercayaan tradisi. Bercerita mengenai makhluk asing, beberapa kes kemunculannya di Malaysia telah dilaporkan pada tahun 2002. Satu kes di Baling, Kedah seorang penuntut 16 tahun di cakar makhluk asing. Ia turut belaku di Bemban di Negeri Sembilan. Dalam time frame yang sama, kejadian serupa turut belaku di India. Jelas makhluk asing yang ditemui itu mirip ke arah toyol. Berkepala besar daripada badan dan botak. Ia kelihatan seakan-akan memakai "uniform". Dokumentasi terdahulu pernah mencatatkan UFO pernah terhempas di Gurun New Mexico pada Julai 1947 tetapi butir-butir mengenainya banyak dirahsiakan oleh penyelidik dari Amerika Syarikat. Sekitar pertengahan tahun 1980-an, UFO dan makhluk asing di percayai telah muncul di Hudson Valey di New York. Di negara ini, beranggapan UFO dan makhluk asing kononnya boleh muncul di hutan Hulu Langat dan juga di Tanjung Sepat di Selangor, Bukit Mertajam, Kulim dan di kawasan Baling di Kedah di sebelah utara semenanjung. Di Sabah, di kawasan Kudat dan Sarawak, di kawasan Sariket. Makhluk asing yang muncul di dunia sentiasa berbeza, sentiasa ada spesies yang baru. Di Malaysia, Argentina dan United Kingdom ia berukuran 6 kaki. Di Perancis dan bahagian negara Eropah berukuran 4.5 kaki tinggi. Di Israel pula, berukuran setinggi 7 hingga 8 kaki. Mungkin ia muncul dari spesies yang berlainan, ataupun mungkin makhluk asing yang berubah bentuk. (Dunia Misteri)

Tiada ulasan: