16 Februari 2011

LIFEBLOG: Memorial Kisah Bukit Puteri

Di Bandar Kuala Terengganu,Terengganu, kisah Bukit Puteri di perkatakan di mana-mana.Dari perhentian perahu penambang di muara Sungai Terengganu sehinggalah ke sekitar kawasan Pasar Payang.Begitu juga di deretan kedai dan warung kopi di pesisiran Jalan Sultan Zainal Abidin. Kisah ini akan dikhabarkan kepada sesiapa sahaja orang asing yang berkunjung ke situ.Bukit Puteri menyimpan seribu rahsia mengenai kewujudannya. Bahkan, di sebalik keindahanya, tersingkap juga cerita dongeng dan misteri mengenai masa silamnya. Menlalui cerita daripada mulut ke mulut penduduk setempat, suatu ketika dahulu pernah wujud sebuah perkampungan nelayan di sekitar kawasan Bukit Puteri. Diceritakan, Bukit Puteri menjadikan tempat kediaman puteri bunian yang cantik dan rupawan. Semua puteri ini dikatakan amat pemurah dan baik hati terhadap penduduk tempatan. Dalam apa-apa jua keraian yang berlangsung di situ seperti majlis perkahwinan dan kenduri, kononnya penduduk tempatan akan dipinjamkan pinggan dan mangkuk oleh puteri berkenaan. Namun begitu, kononnya penduduk tempatan tidak menjaga dengan baik segala pinggan mangkuk yang dipinjamkan kepada mereka. Ada sahaja pinggan mangkuk yang pecah dan tidak dipulangkan. Perbuatan mereka itu kononnya membuat puteri bunian di situ berasa kecil hati dan merajuk. Akibatnya, semua puteri itu telah meninggalkan Bukit Puteri dan berpindah ke sebuah bukit di daerah Besut. Nama Bukit Puteri dikatakan di ambil sempena puteri bunian yang mendiami bukit itu. Bukit Puteri yang terletak berhampiran Istana Maziah meliputi kawasan 0.688 hektar dengan ketinggian 200 meter dari aras laut. Puncak bukit itu dahulunya adalah simbol pemerintahan dan menjadi kubu pertahanan pemerintah Terengganu. (Sumber)

Tiada ulasan: