MNORISAM LIFEBLOG
MNORISAM LIFEBLOG adalah blog terbuka kepada pengemar dan pembaca blog web dan IT bertajuk MNORISAM LIFEBLOG.Laman Lifeblog ini kepada peminat atau pembaca serta sesiapa ahli karang blog ini boleh menhantar dan menlihat laman IT fotopixel atau bahan ulangkaji anda tentang tempat menarik, topik pengalaman dan lain-lain. Terdapat catatan atau homepage ringkas laman web untuk menambahkan kreative susunan lifeblog ini kepada pengguna dan pembaca MNORISAM LIFEBLOG.
03 April 2011
LIFEBLOG: Raksasa Di Pelabuhan Sydney
Seekor raksasa dirakamkan di dalam kawasan perairan dekat sebuah jambatan di Pelabuhan Sydney dilaporkan sebuah akhbar. Seorang pegawai polis Harvey Edison memberitahu kewujudan makhluk ganjil itu mengenai raksasa itu datang daripada orang ramai yang menaiki kapal pesiaran, feri dan bot di Pelabuhan Sydney semua rakaman video dan gambar yang menyiarkan kelibat raksasa itu kini dikaji oleh sekumpulan pakar bagi menentukan sama ada ia benar atau palsu. Sekumpulan pasukan yang melibatkan ahli biologi terkenal dan penyelam akan tiba di Sydney untuk menyiasat itu. Raksasa itu mempunyai leher yang panjang seperti kelibat raksasa di Loch Ness di Scotland. Foto: (Foto Terbaru)
03 Mac 2011
LIFEBLOG: Bintang-Bintang Terbentuk Nebula
Bintang-bintang yang berkelip-kelip nun di angkasaraya sebenarnya ada yang sedang mengalami proses kelahiran dan kematian. Umpama manusia, makhluk bintang ini ada yang baru dilahirkan dan juga telah musnah lalu membentuk Nebula. Salah satu nebula yang terbentuk hasil daripada letupan bintang ribuan tahun lalu ialah Nebula Mata Kucing. Nebula ini asalnya sebuah bintang yang terletak di utara buruj Draco dan jarak dari bumi ialah 3,000 tahun cahaya. Kejayaan teleskop Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) Hubble menghantar imej Nebula Mata Kucing merupakan satu rekod yang paling menakjubkan dalam sejarah dunia sains dan teknologi angkasa. Imej Nebula Mata Kucing kelihatan seperti bunga mawar merah yang berkilat. Apakah yang belaku sebenarnya sehingga Nebula ini terbentuk seperti mawar merah? Ahli-ahli sains dan manusia tidak mampu menjawab persoalan ini. Bagi ahli-ahli sains, kejadian ini hanyalah proses biasa kematian sesebuah bintang. Bagaimanapun, Allah s.w.f telah menyatakan dengan tepat kepada manusia apakah peristiwa 'mawar merah berkilat' itu dan hubung kait dengan kehidupan kita. Salah satu ayat daripada surah ar-Rahman ayat 38 bermaksud: "Maka, apabila langit terbelah ia seperti bunga mawar berminyak (berkilat), maka yang manakah nikmat Allah yang kamu dustakan?". Allah telah membayangkan kepada manusia tentang kengerian hari kiamat dan apabila alam semesta ini musnah maka cahaya bintang mati (nebula) yang dihasilkan kelihatan seperti bunga mawar atau ros (wardah) mengandungi pelbagai warna yang berkilat. Kadang-kadang Nebula itu dilihat berwarna seperti pewarna dai merah jambu, kuning, biru dan hijau. Kebenaran Al-Quran terbukti lagi apabila teleskop Hubble seterusnya menghantar pelbagai imej menunjukkan angkasa yang gelap gelita terbelah dengan sinaran bintang-bintang apabila 2 galaksi bersatu. Imej-imej lain menunjukkan satu gumpalan habuk menyala dalam warna lembayung dan satu lagi kelompok nebula bersinar seperti biru, merah jambu dan hijau. Nebula seterusnya yang berjaya dirakam ini diberi nama Nebula Mata Hantu atau Little Ghost. Jaraknya 5,000 tahun cahaya dari bumi. Sebuah lagi bintang berbentuk bernama Nebula Mata Gergasi yang dikenali sebagai Nebula Helix turut dirakam oleh NASA menggunakan teleskop angkasa Spitzer. Imej Nebula Mata Gergasi ini memaparkan beberapa lapisan warna yang dibentuk oleh gas seperti merah, biru, hijau dan titik putih di tengah menyebabkan ia kelihatan seperti mata gergasi. Nebula ini berusia ribuan tahun lalu. Sebenarnya, matahari yang menjadi pusat sistem solar merupakan salah satu daripada berbilion-bilion bintang di alam semesta ini. Matahari juga sedang mengalami proses pembakaran bahan nuklear di bahagian dalamnya dan akan musnah seperti mana Nebula (cahaya bintang mati), Allah juga telah membayang kepada manusia tentang kehancuran alam semesta ini dalam surah al-Anbia ayat 108 yang bermaksud: "(Iaitu) pada hari Kami gulung langit sebagai menggulung lembaran-lembaran kertas (skrol). Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya. Itulah satu janji yang pasti Kami tepati; sesungguhnya Kamilah yang akan melaksanakannya." Peristiwa dahsyat ini turut di bayangkan oleh Allah dalam surah at-Takwir ayat 1-6 yang bermaksud: "Bila matahari telah digulung. Bila bintang-bintang telah berguguran.Bila gunung-gunung telah berterbangan. Bila laut telah panas." Apabila tibanya masanya, matahari juga digulung, langit pecah hancur menjadi seperti minyak, bumi datar, gunung-ganang berterbangan seperti kapas di terbangkan angin, hancur dan lenyap. Laut panas meruap dan mendidih kemudian kering. Segala makhluk yang ada dilangit dan di bumi seperti malaikat, manusia, binatang, jin, iblis dan syaitan akan mati kecuali Allah. Tuhan Pencipta Sekalian Alam. (Nebula) & (Galaksi Andromeda)
19 Februari 2011
LIFEBLOG: Misteri Alam dan Fakta Kehidupan
Ikan Berkepala Buaya
Seekor ikan yang mempunyai kepala mirip buaya di temui Jawa Tengah. Ikan aneh itu yang mempunyai 4 sirip dan 3 ekor serta mempunyai sisik seperti ular.
Belut Elektrik
Belut elektrik paling bahaya dijumpai di sungai Brazil, Columbia, Venezuela dan Peru mampu menghasilkan kejutan elektrik 400-650 volt.
Teluk Parsi
Teluk Parsi ialah laut terpanas di dunia yang merekodkan suhu 35.6'C
Raksasa Tasik Windermere
Gambar raksasa yang diberi nama "Bownessie" oleh penduduk tempatan itu dirakamkan menerusi telefon berkamera.Nama itu diberikan kerana makhluk tersebut berada di dalam tasik di bandar Bowness.
Infomasi Berita Dan Paparan Rencana
18 Februari 2011
LIFEBLOG: Perihal Makhluk Asing Di Bumi
Susuk tubuh kehijauan yang berkepala botak, mempunyai sepasang mata yang besar, tangan yang panjang dengan kuku yang tajam adalah gambaran sinonim untuk memberikan bentuk fizikal makhluk asing ataupun "alien". Semua itu adalah gambaran biasa yang dipaparkan dalam filem dan cereka fiksyen sains Barat mengenai makhluk asing. Berbicara mengenainya, adakah benar "alien" itu wujud? Ataupun hanya idea perfileman Hollywood dan imaginasi pengkarya cereka fiksyen sains Barat? Kejayaan ini hinggalah ia kelihatan seolah-olah wujud dalam minda kita. Alien dikatakan berasal dari dimensi dan galaksi yang lain di cakerawala. Menurutnya, golongan "ufologist" iaitu pengkaji alien mempercayai alien yang datang ke bumi ini muncul bersama piring terbang atau lebih dikenali sebagai UFO atau Unidentified Flying Object. UF0 yang dipandu alien muncul di bumi dari lapisan langit yang lain.Bukannya dari bintang yang kita nampak atau tidak nampak. Jarak dan perjalanannya terlalu jauh. Di Barat, kemunculan alien dan UFO bukanlah satu persoalan yang luar biasa. Segelintir saintis dan gologan pemikir mempercayai kewujudannya. Malah, muncul golongan yang digelar "ufologist" dan "roswell archaeologist" yang menjalankan kajian untuk membongkar kewujudannya. Di negara kita, berbicara mengenai kewujudan alien dan UFO masih dianggap tidak realistik. Jarang sekali di perkatakan ataupun diketengahkan oleh mana-mana pihak. Masyarakat kita dan sebahagian negara Asia masih sukar menerima kebenaran mengenai makhluk asing. Asia dengan Barat macam langit dan bumi perbezaannya, di Barat hakikat ini boleh diterima kerana pemikiran dan pengetahuan mereka mengenai ilmu aero angkasa sudah ada. Di Asia segelintir masyarakat masih lagi dibelenggu dengan kepercayaan tradisi. Bercerita mengenai makhluk asing, beberapa kes kemunculannya di Malaysia telah dilaporkan pada tahun 2002. Satu kes di Baling, Kedah seorang penuntut 16 tahun di cakar makhluk asing. Ia turut belaku di Bemban di Negeri Sembilan. Dalam time frame yang sama, kejadian serupa turut belaku di India. Jelas makhluk asing yang ditemui itu mirip ke arah toyol. Berkepala besar daripada badan dan botak. Ia kelihatan seakan-akan memakai "uniform". Dokumentasi terdahulu pernah mencatatkan UFO pernah terhempas di Gurun New Mexico pada Julai 1947 tetapi butir-butir mengenainya banyak dirahsiakan oleh penyelidik dari Amerika Syarikat. Sekitar pertengahan tahun 1980-an, UFO dan makhluk asing di percayai telah muncul di Hudson Valey di New York. Di negara ini, beranggapan UFO dan makhluk asing kononnya boleh muncul di hutan Hulu Langat dan juga di Tanjung Sepat di Selangor, Bukit Mertajam, Kulim dan di kawasan Baling di Kedah di sebelah utara semenanjung. Di Sabah, di kawasan Kudat dan Sarawak, di kawasan Sariket. Makhluk asing yang muncul di dunia sentiasa berbeza, sentiasa ada spesies yang baru. Di Malaysia, Argentina dan United Kingdom ia berukuran 6 kaki. Di Perancis dan bahagian negara Eropah berukuran 4.5 kaki tinggi. Di Israel pula, berukuran setinggi 7 hingga 8 kaki. Mungkin ia muncul dari spesies yang berlainan, ataupun mungkin makhluk asing yang berubah bentuk. (Dunia Misteri)
16 Februari 2011
LIFEBLOG: Memorial Kisah Bukit Puteri
Di Bandar Kuala Terengganu,Terengganu, kisah Bukit Puteri di perkatakan di mana-mana.Dari perhentian perahu penambang di muara Sungai Terengganu sehinggalah ke sekitar kawasan Pasar Payang.Begitu juga di deretan kedai dan warung kopi di pesisiran Jalan Sultan Zainal Abidin. Kisah ini akan dikhabarkan kepada sesiapa sahaja orang asing yang berkunjung ke situ.Bukit Puteri menyimpan seribu rahsia mengenai kewujudannya. Bahkan, di sebalik keindahanya, tersingkap juga cerita dongeng dan misteri mengenai masa silamnya. Menlalui cerita daripada mulut ke mulut penduduk setempat, suatu ketika dahulu pernah wujud sebuah perkampungan nelayan di sekitar kawasan Bukit Puteri. Diceritakan, Bukit Puteri menjadikan tempat kediaman puteri bunian yang cantik dan rupawan. Semua puteri ini dikatakan amat pemurah dan baik hati terhadap penduduk tempatan. Dalam apa-apa jua keraian yang berlangsung di situ seperti majlis perkahwinan dan kenduri, kononnya penduduk tempatan akan dipinjamkan pinggan dan mangkuk oleh puteri berkenaan. Namun begitu, kononnya penduduk tempatan tidak menjaga dengan baik segala pinggan mangkuk yang dipinjamkan kepada mereka. Ada sahaja pinggan mangkuk yang pecah dan tidak dipulangkan. Perbuatan mereka itu kononnya membuat puteri bunian di situ berasa kecil hati dan merajuk. Akibatnya, semua puteri itu telah meninggalkan Bukit Puteri dan berpindah ke sebuah bukit di daerah Besut. Nama Bukit Puteri dikatakan di ambil sempena puteri bunian yang mendiami bukit itu. Bukit Puteri yang terletak berhampiran Istana Maziah meliputi kawasan 0.688 hektar dengan ketinggian 200 meter dari aras laut. Puncak bukit itu dahulunya adalah simbol pemerintahan dan menjadi kubu pertahanan pemerintah Terengganu. (Sumber)
30 Disember 2010
LIFEBLOG: Malaysia Milik Piala Suzuki 2010 (AFF).beritasemasa.com
Berita Klik Tajuk
Piala Suzuki 2010 (AFF) milik Malaysia.Tahniah!!
Piala Suzuki 2010
Cheat Laser Malaysia
27 Disember 2010
LIFEBLOG: Hasbullah Yusoff-Selamat kembali ke Facebook
Hai Hasbullah,
Facebook adalah satu cara hebat untuk bersama kawan-kawan, terutamanya
ketika anda sudah lama tidak berhubungan.
Cari kawan anda dengan menggunakan Friend Finder automatik Facebook
Jejak Rakan
Terima Kasih,
Pasukan
========================================================================================================